+609 553 5555        pro@unipsas.edu.my
Facebook
Twitter
Instagram
Youtube
Staf
Pelajar
Pelawat

Perpustakaan

Keahlian

Penyelidikan

Perkhidmatan

Selamat Datang ke Perpustakaan UnIPSAS

Perpustakaan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah telah ditubuhkan pada tahun 1996 seiring dengan penubuhan KIPSAS. Perpustakaan pada mulanya beroperasi di blok bangunan lama sebelum berpindah ke bangunan baru pada 2001.

Perpustakaan ditubuhkan bagi menyokong aktiviti pembelajaran dan penyelidikan di UnIPSAS. Perpustakaan kini mempunyai koleksi buku lebih kurang 47,000 lebih dan bahan-bahan rujukan yang lain seperti majalah, jurnal dan sebagainya.

Perpustakaan juga menyediakan ruang membaca yang selesa dan sesuai untuk pengguna mengulangkaji pelajaran. Kemudahan komputer dan internet juga disediakan untuk kemudahan pengguna membuat rujukan. Terminal OPAC juga disediakan bagi kemudahan pencarian buku atas talian.

Visi

Menyediakan sumber kemudahan dan perkhidmatan maklumat yang cemerlang bagi menyokong kegiatan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di UnIPSAS.

Misi

Menyediakan satu persekitaran yang kondusif bagi tujuan meningkat kualiti pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di UnIPSAS dengan menjadikan perpustakaan pusat maklumat yang serba lengkap dan berteknologi tinggi.

Objektif

  • Memenuhi keperluan Universiti dalam kegiatan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.

  • Mengoptimalkan pengguna yang cemerlang dan mesra kepada pengguna perpustakaan.

  • Memberi perkhidmatan yang cemerlang dan mesra kepada pengguna perpustakaan.

  • Mempraktikkan sistem pengurusan perpustakaan yang berkesan, baik kepada pengguna mahupun kepada kakitangan perpustakaan sendiri.

Fungsi Unit-Unit Perpustakaan

Unit Pengurusan Pentadbiran

  • Melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi.
  • Mengendali dan mengawal selia fail maklumat & rekod perpustakaan.
  • Mengurus aset perpustakaan.
  • Menguruskan sistem pengurusan kualiti (ISO) perpustakaan.
  • Melaksanakan tugas-tugas pendigitalan bahan-bahan perpustakaan.

Unit Perolehan dan Katalog

  • Mengawal peruntukan pembelian bahan rujukan (bercetak, elektronik & bahan multimedia).
  • Pengkatalogan bahan perpustakaan (bercetak & elektronik) mengikut standard yang ditetapkan.
  • Menyelenggara rekod katalog bahan-bahan perpustakaan.
  • Membuat penilaian prestasi pembekal.

Unit Penyelidikan dan E-Sumber

  • Menyelaras aktiviti promosi, demonstrasi, penyelidikan & inovasi serta latihan pangkalan data yang dilanggan oleh perpustakaan.
  • Membantu atau memudah cara untuk mendapatkan bahan rujukan di perpustakaan kepada ahli akademik & pelajar UnIPSAS.
  • Mengurus dan menyimpan data dan bahan penerbitan ahli akademik.
  • Menyediakan laporan dan analisis statistik penggunaan pangkalan data komersial secara bulanan/tahunan serta laporan aktiviti perpustakaan.
  • Melaksanakan pengindeksan kertas soalan peperiksaan.

Unit Perkhidmatan Pelanggan

  • Pinjaman & pemulangan bahan perpustakaan.
  • Pendaftaran keahlian.
  • Penyediaan kemudahan perpustakaan (mesin fotostat/bilik turath/bilik tayangan).
  • Mengurus kehilangan buku dan buku rosak.
  • Urusan lawatan dari agensi luar.
  • Aduan pelanggan.
  • Menyusun atur buku di rak.

Unit Arkib dan Multimedia

  • Mengesan, menerima, memperolehi, menyimpan, menyusun, memelihara, memulihara, menilai dan membuat pelupusan bahan arkib universiti dalam pelbagai bentuk dan media, selaras dengan prinsip dan amalan kearkiban.
  • Sebagai pusat simpanan rekod UnIPSAS dan menjadikan bahan arkib universiti tersedia untuk dirujuk oleh penyelidik.
  • Menyelaras dan melaksanakan latihan, taklimat, kursus dan program Pengurusan Rekod untuk staf, dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
  • Mempromosikan perkhidmatan & aktiviti perpustakaan melalui media sosial.
  • Menguruskan gambar & video aktiviti perpustakaan.
  • Menguruskan koleksi media.

Upcoming Events

Dec 02: Perkongsian ilmu & bacaan

5:00pm – 6:30pm

Carta Organisasi

Loading...