+609 553 5555        pro@unipsas.edu.my
Facebook
Twitter
Instagram
Youtube
Staf
Pelajar
Pelawat

Pinjaman

Perkhidmatan Pinjaman Bahan Perpustakaan

  • Hanya ahli berdaftar sahaja diberikan kemudahan pinjaman. Pelanggan hendaklah menunjukkan kad matrik/kad kakitangan/kad ahli ketika membuat pinjaman bahan perpustakaan. 
  • Pinjaman bahan monograf dari koleksi terbuka (umum) boleh dibuat di kaunter utama. Bagi bahan koleksi khas pinjaman keluar dari perpustakaan tidak dibenarkan kecuali bahan dari Koleksi Bintik Merah. 

    Peraturan Am Pinjaman Bahan Perpustakaan 

    • Pelanggan mestilah berdaftar sebagai ahli perpustakaan. 
    • Pelanggan hendaklah menunjukkan kad matrik/kad kakitangan/kad ahli ketika membuat pinjaman. 
    • Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bahan-bahan yang dipinjam. Membuat pinjaman menggunakan kad matrik/kad kakitangan/kad ahli pelanggan lain adalah satu kesalahan.
    • Bahan yang dipinjam oleh pelanggan mesti dikembalikan mengikut tarikh pemulangan yang telah ditetapkan.
    • Jika lewat denda sebanyak RM0.30 per hari akan dikenakan bagi bahan Koleksi Terbuka, dan RM0.50 per jam bagi bahan Koleksi Bintik Merah (Red Spot). 
    • Pelanggan perlu membuat laporan segera jika buku hilang atau rosak. Kecuaian berbuat demikian boleh menyebabkan denda lewat pulang bahan atau bayaran ke atas bahan rosak dikenakan. (rujuk Denda/bayaran bagi kehilangan atau kerosakan bahan) 
    • Bahan perpustakaan yang dibawa keluar mestilah melalui pinjaman secara sah. Membawa keluar bahan-bahan perpustakaan tanpa kebenaran adalah satu kesalahan besar dan boleh dikenakan tindakan oleh pihak Perpustakaan UnIPSAS.
    • Pinjaman atau permintaan bahan dari perpustakaan atau institusi lain hendaklah melalui Pinjaman Antara Perpustakaan. 

    Kelayakan Pinjaman Mengikut Kategori Keahlian 

    • Pinjaman bagi setiap kategori keahlian adalah berbeza mengikut keperluan kategori pelanggan. 
    • Berikut adalah kelayakan pinjaman bahan bagi buku Koleksi Terbuka mengikut kategori pelanggan. 

      Buku Koleksi Terbuka

         

        Bil.  Kategori Pelanggan  Kadar Pinjaman  Tempoh Pinjaman 
        1.  Pelajar Diploma  8 buah buku  14 hari 
        2.  Pelajar Ijazah Sarjana Muda / Pelajar Sarjana 8 buah buku  30 hari 
        3.  Pegawai Pengurusan Tertinggi  12 buah buku 120 hari 
        4.  Pegawai Akademik  12 buah buku  120 hari 
        5.  Kakitangan Pengurusan dan Sokongan  10 buah buku  30 hari 
        6.  Keahlian Bersekutu  2 buah buku  14 hari 
        7.  Rakan Perpustakaan  10 buah buku  30 hari 

         

         

        Peraturan Panggilan Balik Bahan (Recall Item)

        • Peraturan ini disediakan bagi memanggil semula bahan yang dipinjam oleh kategori pelanggan Pegawai Pengurusan Tertinggi dan Pegawai Akademik yang diberi had kelayakan pinjaman bagi koleksi terbuka sehingga 120 hari.
        • Ia bertujuan memberi peluang kepada semua pelanggan Perpustakaan UnIPSAS yang memerlukan bahan tersebut.
        • Pinjaman wajib/ kekal diberikan selama 60 hari pertama, dan untuk 60 hari berikutnya, bahan boleh dipanggil semula sekiranya ada permintaan atau tempahan dari pelanggan lain.

        Pinjaman Bahan Mengikut Koleksi Perpustakaan

        Tempoh Pinjaman Berbeza Mengikut Kategori / Koleksi Buku 

          Pinjaman biasa   Mengikut kelayakan peminjam 
          Kumpulan Buku Rezab (KBR)  2 Jam 
          Buku Rujukan (bertanda hijau)  Rujukan dalam perpustakaan sahaja 

          Koleksi Rujukan

          Bahan-bahan dari koleksi rujukan tidak boleh dipinjam keluar dari perpustakaan kecuali atas budi bicara Ketua Pustakawan. 

          Koleksi Bahan Terbitan Bersiri (BTB)

          • Bahan Terbitan Bersiri adalah dikategorikan di bawah bahan terkawal.
          • Bahan-bahan terbitan bersiri hanya boleh dirujuk di dalam Perpustakaan sahaja.
          • Kelayakan pinjaman hanya diberikan kepada pihak tertentu sebagaimana berikut:

          Kategori Tempoh pinjaman jurnal  berjilid
          Pensyarah 1 minggu
          Penyelidik 1 minggu

          • Jurnal tidak berjilid tidak dibenarkan untuk dibawa keluar atas faktor-faktor keselamatan.
          • Peminjam yang layak (seperti jadual di atas) hendaklah mengisi satu borang khas untuk rekod di Seksyen Serial (Perolehan & Katalog) dan perlu melalui proses pinjaman melalui sistem perpustakaan.

          Peminjam bertanggungjawab di atas bahan yang telah dipinjam. Jika terdapat sebarang kehilangan bahan yang dipinjam, pihak Perpustakaan berhak menuntut ganti rugi bahan tersebut sama ada menggantikan bahan yang hilang atau membayar 2 kali ganda daripada harga bahan berserta bayaran perkhidmatan.

          Loading...