FUNGSI UNIT-UNIT PERPUSTAKAAN
Unit Pengurusan Pentadbiran
- Melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi.
- Mengendali dan mengawal selia fail maklumat & rekod perpustakaan.
- Mengurus aset perpustakaan.
- Menguruskan sistem pengurusan kualiti (ISO) perpustakaan.
- Melaksanakan tugas-tugas pendigitalan bahan-bahan perpustakaan.
Unit Perolehan & Katalog
- Mengawal peruntukan pembelian bahan rujukan (bercetak, elektronik & bahan multimedia).
- Pengkatalogan bahan perpustakaan (bercetak & elektronik) mengikut standard yang ditetapkan.
- Menyelenggara rekod katalog bahan-bahan perpustakaan.
- Membuat penilaian prestasi pembekal.
Unit Penyelidikan & ESumber
- Menyelaras aktiviti promosi, demonstrasi, penyelidikan & inovasi serta latihan pangkalan data yang dilanggan oleh perpustakaan.
- Membantu atau memudah cara untuk mendapatkan bahan rujukan di perpustakaan kepada ahli akademik & pelajar UnIPSAS.
- Mengurus dan menyimpan data dan bahan penerbitan ahli akademik.
- Menyediakan laporan dan analisis statistik penggunaan pangkalan data komersial secara bulanan/tahunan serta laporan aktiviti perpustakaan.
- Melaksanakan pengindeksan kertas soalan peperiksaan.
Unit Perkhidmatan Pelanggan
- Pinjaman & pemulangan bahan perpustakaan.
- Pendaftaran keahlian.
- Penyediaan kemudahan perpustakaan (mesin fotostat/bilik turath/bilik tayangan).
- Mengurus kehilangan buku dan buku rosak.
- Urusan lawatan dari agensi luar.
- Aduan pelanggan.
- Menyusun atur buku di rak.
Unit Arkib & Multimedia
- Mengesan, menerima, memperolehi, menyimpan, menyusun, memelihara, memulihara, menilai dan membuat pelupusan bahan arkib universiti dalam pelbagai bentuk dan media, selaras dengan prinsip dan amalan kearkiban.
- Sebagai pusat simpanan rekod UnIPSAS dan menjadikan bahan arkib universiti tersedia untuk dirujuk oleh penyelidik.
- Menyelaras dan melaksanakan latihan, taklimat, kursus dan program Pengurusan Rekod untuk staf, dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
- Mempromosikan perkhidmatan & aktiviti perpustakaan melalui media sosial.
- Menguruskan gambar & video aktiviti perpustakaan.
- Menguruskan koleksi media.